Isnin, 7 Februari 2011

Cukai-cukai....Kenapa bayar lambat....

Dividen ASB dan Tabung Haji sudah diumumkan. Dengar jer pengumuman tersebut, berpusu-pusu orang untuk ke bank bagi mengemaskini buku akaun masing-masing. Kalau sebelum dividen diumumkan, pantang lambat sikit perkhidmatan di kaunter, mulalah membebel perkhidmatan lembap dan tidak memuaskan. Tapi berlainan pula dengan keadaan sekarang.

Saya tiba ke Maybank jam 1.00 tgh hari untuk membuat penukaran buku akaun simpanan Maybank. Maklumlah dah 20 tahun buku tidak bertukar sejak dibuka. Saya jangkakan Maybank akan reda selepas Tahun Baru Cina dan orang tidak ramai untuk melakukan transaksi. Tiba je saya dalam bank, masya Allah. Ramainya umat manusia. Pelik saya. Saya memerhatikan sekeliling. Semasa saya beratur untuk mengambil nombor, orang dihadapan saya menunjukkan borang keluar ASB. Pegawai kaunter pun berkata, "minta maaf kak. ASB lama. 3 hingga 4 jam.". Akak tadi pun menjawab, "tak perlah en. Lama pun tak kesah. Janji ada nombor". Saya pun dok terpikir, kalau dulu, 10 minit pun dah lama, tapi sekarang 3 jam pun tak kesah.

Tapi itu bukan itu menjadi tajuk utama. Tajuknya adalah adakah LHDN pada tahun ini akan menerima kunjungan orang ramai yang ingin menghantar borang STD dan membayar cukai sejurus diumumkan atau budaya hujung-hujung masih diamalkan...?
Jika masih diamalkan, kenapa? Salah siapa? Apa sebabnya?

Definisi Cukai

Tahukah anda definisi cukai menurut Kamus Fajar Bakti adalah...
"wang yang dibayar oleh rakyat (mengikut pendapatan, kadar pembelian, nilai tanah dll) kepada kerajaan untuk perbelanjaan negara"

Selamat Datang

Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung laman blog Prinsip Perakaunan.
Tujuan saya mengadakan laman blog ini adalah supaya pengunjung-pengunjung dapat berkongsi pendapat dan idea dalam isu-isu yang diutarakan.
Semoga dengan adanya laman blog ini, pelbagai kemusykilan dapat dijawab dan pelbagai permasalahan dapat dikupas.
Salam dari saya...